Ahad, 27 Disember 2009

lelaki 40an

Krisis lelaki pertengahan usia
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun

LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.

Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.

Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya.
Dr Muhamad Muhsin

“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

INFO: Simptom lelaki alami krisis pertengahan usia

# Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya

# Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.

# Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya

# Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya

# Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka

# Keinginan menjalin perhubungan baru

Sabtu, 26 Disember 2009

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.


2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.



3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda



4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.



5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.



6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.



7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.



8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.



9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.



10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.



11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama
50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.



12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.



13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

kepada sesiapa yang ada sumber rujukan artikel ini catatkan pada ulasan ataupun emailkan kepada mojammak03@yahoo.com

Selasa, 24 November 2009

7 Tip perkara harus tahu sebelum tandatangan perjanjian jual beli


Persoalan Jual Beli Harta

Persoalan Jual Beli Harta

Adakah anda menyelidiki perjanjian jual beli? Pasti ada diantara kita pernah melalui beberapa transaksi jual beli hartanah. Jika diingati sewaktu kita membeli hartanah dahulu, membeli hartanah adalah satu kerja yang mudah. Dengan menurunkan tandatangan pada cek dan perjanjian jual beli segala-galanya boleh dilakukan tanpa masalah dan lancar.

1. Topik menarik untuk dikongsi hari ini adalah; “apakah yang sepatutnya anda tahu sebelum anda menandatangani sebarang perjanjian jual beli”. Seperti biasa, jika anda telah terpikat untuk memiliki sesuatu hartanah itu, anda akan menandatangani satu dokumen yang dinamakan “Offer Purchase” atau didalam bahasa melayunya “Tawaran Belian”. Dokumen ini selalunya disediakan oleh agensi hartanah atau pemaju hartanah. Ada juga diantara pemaju yang menggunakan borang “profoma” hartanah sebagai ganti surat minat ini. Didalam dokumen profoma ini tercatat megenai ciri-ciri hartanah dan harga belian rumah atau hartanah.

2. Seperti biasa… anda dikehendaki membayar sejumlah wang untuk bayaran pendahuluan. Pembayaran pendahuluan ini berbeza diantara pemaju, sesetengah pemaju menghendaki anda membayar RM100, RM500, RM1000 atau RM3000. Bergantung pada tahap promosi dan deposit juga boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit jika pamaju mensyaratkan deposit sebanyak 3% atau 5% sebelum menandatangani perjanjian jual beli.

3. Anggap sahaja anda telah menyediakan segala kos dan wang deposit yang diperlukan. Kebiasaannya perjanjian jual beli hartanah adalah “standard” mengikut akta hartanah negara dan ia bertujuan untuk melindungi anda dan pemaju secara saksama. Tetapi tidak salah jika anda mengambil masa sedikit untuk membacanya. Kerana itu adalah hak anda sebelum membuat sebarang komitmen, manalah tahu jika ada seseuatu yang meragui segeralah bertanyakan kepada peguam akan istilah berkenaan.

4. Dapatkan keterangan muklumat tentang bayaran baki sebanyak 10% (jika pinjaman 90% dari bank) kepada pihak pemaju. Ada sesetengah pemaju membenarkan dan menyediakan carta bayaran bulanan untuk menyelesaikan baki berkenaan. Sebagai contoh jika hartanah yang anda beli itu berharga RM150,000 bermakna 10% daripadanya adalah RM15,000. Setelah ditolak wang RM500 sebagai wang pendahuluan, bakinya adalah RM14,500 dibahagi kepada 3 bulan. Bermakna anda boleh menyelesaikan wang baki tersebut sebanyak RM4,833 sebulan. Dengan cara ini ia memudahkan anda untuk menyelesaikan baki berkenaan dengan mengeluarkan wang kwsp.

5. Bertanyalah pada tetuan berkenaan tentang status hartanah. Untuk hartanah pegangan kekal atau strata kebiasaannya disediakan sekali salinan geran untuk pembeli. Tetapi berbeza dengan jenis hartanah pegangan pajak yang dibawah Geran Induk. Yang mana anda mungkin mempunyai sedikit masalah untuk menjualnya, lebih-lebih lagi jika pemaju anda itu sudah tidak wujud lagi. Walaupun peguam anda boleh menyelesaikan segala masalah ini, tetapi ia mencuri sedikti masa , mengganggu kehidupan anda selama beberapa bulan.

Manakala ada juga kes-kes seperti pangsapuri dan kondo yang mana geran strata belum dikeluarkan lagi oleh pamaju. Disebabkan situasi ini, peguam anda terpaksa menulis kepada pemaju bagi mendapatkan kebenaran menjualnya. Pada kebiasaan pemaju akan memberikan kebenaran pada anda untuk membelinya tetapi anda perlu menyelesaikan kesemua kos-kos seperti bil air, servis, caj-caj penyelenggaraan, cukai tanah, penilaian dan caj-caj pembentungan (Indah Water). Yang paling “best” ada sesetengah pemaju akan mencaj anda yuran pentadbiran sebanyak RM500 atau 0.5% daripada harga belian. Jadi nasihat saya, cuba dapatkan hartanah geran individu atau strata untuk mengelak segala langkah-langkah ini. Tetapi masih bergantung pada bajet anda juga.

6. Berhati-hati dengan denda. Harus diingati tentang denda ini agar anda tidak mengeluarkan wang berlebihan, kadang-kadang denda ini boleh jadi membebankan. Kebiasaanya pemaju akan mengsyaratkan pembeli untuk membayar baki deposit pada waktu yang ditetapkan. Disebabkan ini sesetengah pemaju selalunya akan mengenakan denda sebanyak 8%-10% setahun dari jumlah baki deposit. Ambil nota ini; sesetengah pemaju membina syarat-syarat tersembunyi untuk merampas bayaran 10% anda jika didalam tempoh 4 bulan anda tidak dapat menyelesaikan baki tertunggak itu.

Tidak perlu terkejut jika anda berjumpa dengan pemaju yang mengenakan denda sehingga 15%-25% setahun. Didalam proses pemilikan hartanah tertentu, tanya dan cari jawapan dari soalan diatas pada eksekutif jualan yang menguruskan anda.

sumber:/www.drumah.com

Isnin, 9 November 2009

LEMBU SAMIRI ZAMAN NABI MUSA


BATU YANG TERBENTUK SEPERTI SEEKOR LEMBU INI TERLETAK DI SINAI (TUR SAINA) MESIR. BATU INI AKAN MENGELUARKAN BUNYI SEPERTI BUNYI SEEKOR LEMBU APABILA ANGIN KUAT MASUK MELALUI LUBANG DIKEPALANYA. MENGIKUT CERITANYA BENTUK LEMBU PADA BATU INI ADALAH KESAN PANCARAN DARIPADA PATUNG LEMBU YANG DI SEMBAH OLEH ORANG YAHUDI PENGIKUT NABI MUSA DIZAMAN DULU.SEHINGGA SEKARANG MASIH KELIHATAN PENGIKUT YAHUDI MEMBACA KITAB SUCI MEREKA DIHADAPAN LEMBU INI WALAUPUN MEREKA BERADA DIDALAM NEGARA MESIR.

masa itu emas

minggu akhir sekolah ni.terasa makin sibuk dibuatnya.kelas tak mengajar dah.keje lain yang melimpah datang.surat menyurat hari anugerah tak settle lagi.kertas kerja untuk yb dato' khusairi tak siap lagi kertas kerja penutup kbs tak siap juga.sudahnya time kat rumah ngadap kom jer.nak ngadap isteri pun rasa tak sempat.mujur lah isteri sentiasa memahami dengan tugasan sekolah suaminya.kalau tak humburger la hidup ni.hidup sentiasa bahagia andai ada cinta.hidup pasti gembira andai ada ketawa....

Rabu, 4 November 2009

kursus ict

3 dan 4 Oktober 2009.terpaksa terkejar2 ke Semesta tapah untuk mengikuti kursus ict untuk penggubal soalan pendidikan islam dan bahasa arab Batang Padang.jauh juga nak kesini tapi memandangkan surat arahan dah sampai kesekolah terpaksalah datang juga.tamat kursus cadang nak ke Temoh tengok tapak rumah.kalau ada rezeki menetap kat tapah lah gayanya...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Kuah Laksa Kak Ngah

1kg ikan sardin
12 biji chili kering
10 biji chili burung(ikut selera pedas)
15 keping asam keping
5 biji bawang besar
belacan(besar ibu jari kaki)
daun kesum
3 kuntum bunga kantan

ikan direbus sekejap dengan 6 keping asam keping.
tos air setelah sejuk siat isi ikan.asingkan tulang dan isi ikan.
blend isi ikan sekejap sahaja(jangan sampai isi ikan hancur)
blend tulang dan kepala serta asam keping yang direbus dengan ikan.
tapis ambil airnya(ulang blend sehingga tulang hancur dan air tapisan menjadi jernih.
potong bawang dan blend bersama chili serta belacan.
satukan dalam periuk masak dengan api sederhana.
seteah mendidih masukan kesum,kantan, asam keping serta garam secukup rasa.reneh selama 2 jam sehingga asam keping kembang sepenuhnya.

Ahad, 25 Oktober 2009

asal usul nama gerik

Sejarah Gerik Perak

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. B eliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

[sunting] Asal-usul nama

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Gerik Kini

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, pusat membeli belah, serta kawasan-kawasan perumahan baru telah wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerik


hukum memberi ucapan selamat kepada bukan islam

sumber cacatan ini :http://akhisalman.blogspot.com

Saturday, October 24, 2009

Hukum memberi ucapan selamat hari raya untuk orang kafir

MUKADDIMAH

Dalam shoutbox ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

hakim assalamulaikum saye ingin bertanye 2 soklan pertama bolehkah kite wish hapy depavali atau pun marry crismas

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك

" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

10 sifat isteri impian

Posted (Blissful_M) in Kehidupanku on October-8-2009

Salam buat semua…

Semoga tips ini membantu…untuk kita LEBIH BERTANGGUNGJAWAB & MEMILIH YANG TERBAIK untuk mencorak kehidupan berumahtangga yang lebih harmoni & bahagia…InsyaAllah…kenapa takde tips utk suami2…ohhh! pembaca2 yg suami orang fitrahnya ~ ego mereka pantang disentuh…ader gak yg akak kena ambil masa menjawab kat email, YM, forum…tak kuasa denn…energy negatif yg menganggu pancaran aura POSITIF YANG INGIN DIPANCARKAN ke seluruh alam maya…esok-esok mood akak nak share akak share plak utk suami but not today…maybe next week…next month…ikut ILHAM sampai…So sementara itu , inilah strategynyer utk melembutkan hati suami…AS A WIFE WE DEMAND CHANGE…WE MAKE A CHANGE FIRST!!!CHANGE FROM WITHIN..insyaAllah boleh menjadi agen perubahan kpd iklim rumahtangga yang lebih membahagiakan dan dirahmati Allah…AMin..InsyaAllah…INILAH NAMANYA “STRATEGY”

* Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu
bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi
sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2
yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

* Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita
yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa
bangga.

* Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada
dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri
yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

* Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu
menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau
dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,
wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di
ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona


sumber:http://www.dcckmona.com

Sabtu, 24 Oktober 2009

kenangan di SK Bongor Gerik

Masyaallah maha agung dan besarnya qudrat ilahi yang telah menghidupkan dan membesarkan diriku dari sekecil kecil aku ketika bayi sehingga sebesar-besarnya dan kini aku sudahpun mempunyai bayi.Alhamdulillah

Waktu kecik2 tak ada gambar.Mula ada gambar ketika aku darjah empat tahun 1984(gambar bawah) bersekolah di SK Bongor Gerik.


Gambar bawah ni pula masa aku darjah 6 disebelah aku tu namanya khairul hasan sahabat karib dari dulu sampai sekarang.nama-nama yang masih ku ingat dalam barisan lelaki dari kiri yusri,syamsul,zulkifli,abu,rosli,tarmizi,shaarani(arwah)shahrol,cikgu??(cikgu ganti tak ingat nama)nazri,mat,awang, budak baru x ingat nama,aku,khairul(paling encem),lee tokman(arwah)cik lin dan adnan(ketua kelas)
manakala yang perempuannya pula dari kiri cik su,zimah,bedah,zaiton,madiah,salasiah,zamzurina,sokdah,rahimah,junaidah rizuan,rohelah,zamzuraini,azura,junaidah saman dan junaidah kasim(paling cun)

Khamis, 22 Oktober 2009

Perasmian Blog

kumulai menulis blog ini dengan lafaz barakah bismillahirrahmanirrahim..